Ada mata tapi tak melihat, ada telinga tapi tak mendengar, ada hati tapi tak menilai...bila pergi dan hilang baru sedar betapa indah dan bernilainya kasih yang telah dicurahkan... Hargailah orang yang anda sayang.. :)

Monday, April 25, 2011

Resepi SFE ~ Ikan Masak Halia Mudah

Resepi ni sangat mudah dan memerlukan masa yang singkat. Dalam gambar ni makan untuk dua orang aje. Walaupun bahan-bahannya sikit, tapi rasanya ok...:)

:)


;)



Bahan-bahan:
a) Ikan sesuai dipotong hirisan tepi ikan
b) Halia (dipotong memanjang)
c) Bawang Merah, bawang putih dan sedikit halia (dikisar atau ditumbuk)
d) Cili Merah dan Putih yang besar (dihiris)
e) Serbuk masak kicap / sos tiram / kicap
f) Bawang besar (dihiris)
g) Lada Sulah
h) Garam dan air
i) kalau nak pedas, masukkan cili padi (ditumbuk)


Cara-cara membuatnya:
Panaskan kuali. Gorengkan ikan terlebih dahulu bersama sedikit kunyit dan garam. Tumis bahan kisar bersama lada sudah dan hirisan halia. Letakkan air jumlah ikut suka, kicap/sebuk masak kicap/sos tiram. Setelah ok, masukkan perisa iaitu garam, gula dan serbuk pati ayam (kalau nak). untuk hiasan, masukkan bawang besar, lada besar merah dan hijau yang dihiris. Setelah segalanya sebati dan nampak sedap dan wangi, angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng itu tadi...Kalau anda nak masukkan ikan bersama-sama dengan masakan pun boleh juga...

Resepi ASLI oleh SFE..Caranya memang mudah, tetapi rasanya ok...:) Selamat Mencuba!



Resepi-Resepi Lain dari SFE:

0 comments:

Post a Comment

TQ... :)

Sahabat