Ada mata tapi tak melihat, ada telinga tapi tak mendengar, ada hati tapi tak menilai...bila pergi dan hilang baru sedar betapa indah dan bernilainya kasih yang telah dicurahkan... Hargailah orang yang anda sayang.. :)

Friday, April 15, 2011

Kaedah Perancangan Perbelanjaan Keluarga

Perancangan perbelanjaan perlu dilakukan oleh ketua keluarga supaya selaras dengan kewangan dan kemampuan mereka berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Talaq ayat 7:


"Hendaklah orang yg mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi  nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yg mampu)"


Semasa merancang perbelanjaan keluarga, pasangan perlu mangambil kira perkara-perkara berikut:


1. Tentukan Matlamat
Matlamat pengurusan kewangan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan dan memberi keselesaan  kepada ahli keluarga. Pengurusan kewangan yang bijak membolehkan suami isteri dan seisi keluarga keluarga memperuntukkan perbelanjaan harian, memiliki rumah kehidupan, kenderaan, membuat simpanan kecemasan, tabung pendidikan anak-anak, simpanan hari tua, tabung menunaikan ibadah  haji dan sebagainya. matlamat seperti ini adalah penting untuk menjamin kesejahteraan dan menghindarkan daripada menanggung bebanan hutang.




2. Mengenal Pasti Kemampuan Kewangan
Pasangan perlu mengenal pasti kemampuan kewangan dan keperluan keluarga bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan. Keluarga perlu mengetahui jumlah pendapatan yang diperolehi untuk membuat perancangan yang terperinci. Lazimnya kita mendapat sumber wang secara harian atau bulanan. Wang sebagai sumber rezeki keluarga mestilah datang daripada sumber yg halal.


Mengenalpasti kemampuan juga penting untuk mengelakkan bebanan hutang, masalah kewangan yang serius serta tabiat membazir. Pasangan yang tdk mengenal pasti kemampuan kewangan keluarga blh membawa kepada perselisihan dan penceraian. Maka berbelanjalah dengan bijak dan mengikut pepatah melayu "Ukur baju di badan sendiri".


Rasulullah SAW bersabda;
"Bahawa mencari rezeki yang halal adalah wajib selepas perkara-perkara fardu ain yang lain." (Riwayat al-Baihaqi)


Rasulullah SAW bersabda lagi;
"Sesungguhnya Allah SWT mengasihi hambaNya yg bekerja dn sesiapa yg berusaha bersungguh-sungguh utk menyara hidup keluarnya, maka dia seperti orang yang berjihad pada jalan Allah SWT" (Riwayat al-tabrani)


3. Kategori Perbelanjaan
Perbelanjaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu;


a)Dharuriyyat
Perbelanjaan keperluan harian seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan. Sekiranya dhururiyyat diabaikan, ia akan mengancam lima perkara iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.


b) Hajiyyat
Keperluan untuk melengkapkan keperluan asas. sekiranya tdk dilaksanakan ia akan mewujudkan seasana tdk selesa dalam rumahtangga. Di antaranta memiliki kenderaan, kipas angin, lampu dan sebagainya.


c) Tahsiniyyat
Perbelanjaan utk bermewah-mewah. Seandainya tdk dilaksanakan, ia tdk menjejaskan keselesaan hidup. Di antaranya memiliki kenderaan mewah, perhiasan mewah, memiliki lebih daripada sebuah rumah, perabot mewah dan lain-lain.


Dalam melaksanakan perbelanjaan, suami isteru hendaklah mendahulukan perbelanjaan yang termasuk dalam kategori dharuriyyat. sekiranya dhaririyyat ini telah dipenuhi, maka lebihan perbelanjaan tersebut bolehlah digunakan untuk keperluan hajiyyat. Sekiranya ada lebihan hajiyyat, bolehlah digunakan untuk keperluan tahsiniyyat. Pengurusan kewangan yg mengikut susunan katego yg ditetapkan ini akan membawa kepada keharmonian rumahtangga.


Allah SWT Berfirman dlm Surah al-Isra' ayat 26-27;
".....Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dgn boros yg melampau-lampau. Sesungggguhnya org yang boros itu adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adlh makhluk yang sgt kufur kepada Tuhannya."


4. Merekod, Memeriksa dan Menilai Perbelanjaan
Setiap perbelanjaan yg dibuat hendaklah direkod utk tujuan mengetahu perbelanjaan sebenar. Pemeriksaan dan penilaian dibuat untuk dijadikan perbandingan dan penambahbaikan perbelanjaan setiap bulan dan yg akan datang. Suami isteri perlu mengawal perbelanjaan keluarga dengan perkara-perkara berikut;


a) Rancang Pembelian
Merancang dan menyenaraikan barang-barang yg hendak dibeli dan membeli hanya barang-barang yg telah disenaraikan.


b) Membeli secara tunai
Sebaik-baik pembelian adalah secara tunai kerana harganya lebih murah, tiada bebanan hutang, boleh mengawal perbelanjaan dan apat mengelakkan pembaziran. Sekiranya terpaksa berhutang, pastikan hanya membeli  brangan yg perlu dan mempu membayar secara ansuran setiap bulan.


c) Amalkan Prinsip Berhemat dan Berpada-pada (Qanaah)
Perbelanjaan yg berhemat ialah perbelanjaan yang dibuat berdasarkan keperluan sebenar dan kemampuan yg ada. Sekiranya perbelanjaan dilakukan di luar kemampuan sebenar  dan tidak berpandukan keperluan, ini akan menimbulkan masalah kepada keluarga. Oleh itu, mengamalkan prinsip berhemat dan Qanaah (berpada-pada dengan apa yg ada) adalah cara terbaik dlm menguruskan perbelanjaan keluarga.


d) Tabungan dan Simpanan
Setiap keluarga hendaklah mempunyai tabungan dan simpanan kewangan mereka bagi tujuan;
- Kecemasan seperti bersalin dan ahli keluarga sakit.
- Membeli Aset
- Menunaikan Ibadah terutamanya ibadah Haji
- Kemalangan
- Pendidikan Anak-anak
- Riadah dan Rekreasi




Catatan Asli SFE~
Rujukan= Jakim..



0 comments:

Post a Comment

TQ... :)

Sahabat